.
Profil SMKSL
.
Thursday, June 26, 2014
Tuesday, June 24, 2014
PERKHEMAHAN PRS BERSAMA SAINS JOHOR
Salah satu Pengisian Perkhemahan ini ialah Khidmat Masyarakat...dimana ahli-ahli PRS bergotong royong membersihkan pantai Telok Kemang
Saturday, September 1, 2012
Sunday, July 29, 2012
Tuesday, May 22, 2012
LAWATAN KE SMKSL SEKOLAH BEDUK TOWN DARI SINGAPURA
KLUANG , 21 Mei 2012. Seramai 60 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring dari Beduk Town Secondary School, Singapura telah mengadakan lawatan muhibbah ke SMK Seri Lalang. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada para pelajar dari negara Singapura melihat sendiri keunikan SMK Seri Lalang. Kunjungan tersebut telah dapat merapatkan lagi hubungan antara dua buah sekolah di Malaysia dan Singapura. Dalam lawatan tersebut para pelajar dibawa melawat sekitar kawasan sekolah antaranya asrama, Taman Herba, serta kelas pendidikan khas. Di taman herba para pelajar rasa teruja melihat kepelbagaian jenis tumbuhan herba yang tidak pernah mereka kenali.
Wednesday, May 9, 2012
TAHNIAH ... NORZIHAN BINTI JUMERI
Beliau mendapat pengitirafan kerana berjaya menjadi nadi penggerak serta penentu hala tuju program berkenaan ( Tunas Bestari) yang telah bertungkus-lumus membantu para pelajar menjalangkan tugasan masing-masing.dan membawa persatuan menjadi sebuah persatuan yang dihormati..
Thursday, April 26, 2012
Tahniah SMKSL ke-3 Public Speaking Daerah Kluang
Kluang: 26 April 2012, SMK Seri Lalang mencipta nama lagi apabila wakil Public Speaking sekolah dengan tajuk Friends iaitu RajienaRaj Rajendran telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan yang telah diadakan di SMK Jalan Mengkibol dan dianjurkan oleh PPD Kluang tersebut. Tahniah sekali lagi daripada warga SMKSL, semoga SMKSL terus cemerlang.
Wednesday, April 25, 2012
Tahniah PIBG SMKSL Gah Di Persada Kebangsaan.
SERDANG: 25 April 2012, Sejarah sekali lagi tercipta apabila PIBG SMKSL telah menerima anugerah tertinggi PIBG iaitu Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia kategori PIBG Terbaik Sekolah Menengah Luar Bandar. Dengan penganugerahan ini, SMK Seri Lalang menerima Sijil Penghargaan dan Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 10,000 ringgit. Anugerah telah disampaikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Warga SMKSL Sekali lagi mengucapkan jutaan Tahniah kepada PIBG SMKSL atas kecemerlang tersebut.
Berikut Petikan Akhbar Berkaitan. (Berita Harian)
SERDANG:Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata agenda pendidikan negara tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan, sebaliknya membabitkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan ia mencapai taraf dan kualiti tinggi setanding negara maju.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai kejayaan itu, kekuatan kerjasama dalam dan luar sekolah khususnya hubungan yang erat antara sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlu sentiasa dipertingkatkan.
"Memandangkan pendidikan hari ini berdepan dengan cabaran globalisasi, fenomena sosial yang sangat mencabar serta aspirasi yang perlu dicapai, maka usaha bersepadu harus dilakukan demi perubahan dari segi pemikiran dan pendekatan, sejajar dengan kehendak dan perubahan pendidikan," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis anugerah cemerlang PIBG kebangsaan 2011 yang julung kali diadakan bertemakan "PIBG Pemangkin Gagasan 1Malaysia", di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha, Datuk Dr Rosli Mohamed; dan Ketua Pengarah, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembabitan ibu bapa secara berterusan amat diperlukan bagi membolehkan perkembangan semasa persekolahan anak-anak dapat diikuti sekaligus membantu pengurusan sekolah merencanakan pembangunan aktiviti sekolah secara bersepadu.
Katanya, masih ada lagi ruang yang perlu diisi untuk memantapkannya lagi dengan memastikan keperluan persekolahan anak-anak dipenuhi.
"Justeru PIBG diharap dapat membantu terutamanya dalam menyediakan program-program pembangunan sahsiah murid yang lebih komprehensif atau pembangunan peningkatan prestasi yang lebih tersusun selain daripada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah," katanya.
Muhyiddin berkata, oleh kerana sistem pendidikan negara kini mempunyai fungsi sosial dan ekonomi yang jauh lebih mencabar daripada dahulu, pihak yang terbabit dalam sektor itu perlu memastikan potensi generasi muda secara menyeluruh dan sempurna supaya mereka dapat bersaing dalam persekitaran global yang semakin kompetitif.
Justeru, katanya, soal berkaitan kualiti guru, kepimpinan sekolah, kurikulum dan pentaksiran, kemampuan murid menguasai pelbagai bahasa, peluang pasca-menengah bagi setiap murid, peranan ibu bapa dan masyarakat, pengggunaan sumber secara cekap dan berkesan serta kapasiti dan keupayaan sistem penyampaian pendidikan negara harus diberi perhatian serius.
"Jika semua aspek penting ini dapat kita mantapkan melalui satu proses transformasi pendidikan secara menyeluruh, saya pasti generasi muda kita pada masa kini mampu dipersiapkan untuk menerajui negara pada masa akan datang," katanya.
Muhyiddin berkata, pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaya dan miskin atau bandar dan luar bandar.
Katanya, sektor pendidikan adalah elemen penting dalam menyediakan modal insan yang mampan bagi memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan dapat direalisasikan.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, berkebolehan untuk menguasai dan mengaplikasi ilmu serta memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi," katanya.
Menyentuh mengenai anugerah PIBG, Muhyiddin berkata ia relevan dengan matlamat supaya ibu bapa dapat bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membangunkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Pada majlis itu, PIBG Sekolah Menengah Agama Jaim Al-Ehya Al-Karim, Melaka yang diumumkan sebagai PIBG terbaik peringkat nasional 2011 menerima wang tunai RM50,000, piala pusingan Menteri Pelajaran dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)