Sunday, December 12, 2010

Tahniah Pada Pengetua.

Syabas dan tahniah buat Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pejabat Pelajaran Daerah Kluang ( ezi-D ) yang mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana telah berjaya menjadi Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010′ ( Ketegori Pengurusan ) sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Konvensyen ini telah diadakan di Hotel Premiere, Kelang pada 29 November hingga 2 Disember 2010. Kumpulan ezi-D ini diwakili oleh:


1. En Md Said bin Md Daimon
2. En Shahat bin Md Shah
3. En Mohamad Mazlan bin Husin
4. En Mohd Joehadi bin Parcho
5. Tn Hj Shaharudin Basri bin Ibrahim
6. Tn Hj Mohd Zaki bin Hamzah
7. En Mohd Azan bin Mohd Nor
8. Tn Hj Mohd Yusofe bin Hassan
9. En Suhaimi bin Paiman

Lebih membanggakan En Md Said bin Md Daimon telah dipilih sebagai ‘Fasilitator Terbaik’ dalam konvensyen tersebut. Sesungguhnya kejayaan anda semua dalam konvensyen ini membanggakan seluruh warga perkhidmatan pelajaran negeri Johor khususnya kepada warga perkhidmatan pelajaran daerah Kluang. Sesungguhnya kejayaan anda inspirasi kami untuk terus gigih menjana inovasi. Syabas dan Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment