SMKSL, 26 Mac 2011, Mesyuarat Agung PIBG SMKSL kali ke - 8 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh En. Md. Said bin Md. Daimon, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang. Beberapa AJK baharu telah dilantik manakala sesetengahnya dikekalkan. Beberapa keputusan telah di buat dalam mesyuarat tersebut antaranya;
· Menaikkan bayaran yuran PIBG kepada RM 30.00.
· Pemilihan AJK PIBG 2 tahun sekali.
· Memutuskan meminta khidmat nasihat daripada UTHM untuk membuat kajian tentang keselamatan jalan raya di SMKSL.
· Menyokong Road Show Pendidikan 1 Malaysia.
· Menyokong pihak sekolah melaksanakan kerja waktu cuti sekolah dan kelas tambahan.
Pihak PIBG SMKSL mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat kali ini. Tahniah juga kepada ibu bapa yang dapat hadir bagi menjayakan program tersebut.
No comments:
Post a Comment