Monday, April 11, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KLUANG


Pada 2 April 2011 yang lalu, guru-guru mata pelajaran Agama Islam telah menghantar seramai 16 orang pelajar untuk menyertai Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kluang.

Pertandingan ini telah diadakan di SMK Seri Intan Kluang dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Awang.
Peny
ertaan sekolah kali ini amat berbaloi kerana wakil yang dihantar telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan beberapa kejayaan.

Berikut adalah pencapaian mereka :
1) Johan Syarahan Agama Perempuan (Nur Afiqah Husna bt. Ahmad Mustafa 5A) berjaya mengalahkan wakil dari SM Sains dan SMA Johor.

2) Ke-3 Syarahan Agama Lelaki (Zaihalem bin Zainal 3B)

3) Ke-3 Tilawah Al-Quran lelaki (Muhammad Nurain bin Zakaria 2B)

Tahniah diucapkan!

Insyaallah, perjuangan akan diteruskan ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 30 April depan di Mersing. Moga kejayaan menjadi milik SMK Seri Lalang.






     

No comments:

Post a Comment