Sunday, June 26, 2011

PROGRAM MUSLIMAH SOLEHAH 25 DAN 26 / 6 / 2011


Muslimah Solehah merupakan program berbentuk motivasi kerohanian untuk mendidik jiwa pelajar khasnya pelajar perempuan agar terus mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Panitia Agama Islam. Para Fasi Haluan yang kebanyakanya bekas pelajar Universiti berpengalaman luas dalam memberi motivasi pelajar dijemput khas untuk membantu pihak sekolah dalam meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran disamping menyemaikan nilai-nilai kerohanian untuk diamalkan terus dalam kehidupan seharian mereka.dan membantu diri untuk cemerlang dunia dan akhirat.

OBJEKTIF PROGRAM
1. Membantu pelajar memiih hala tuju hidup yang betul dari segi pegangan agama dan norma hidup bermasyarakat.
2. Memberi sokongan moral dan material kepada pelajar dalam menjalani kehidupan kini yang penuh perangkap, godaan, cabaran dan kekeliruan.
3. membantu pelajar mendapat bimbingan dan tunjuk ajar / cara penyelesaian masalah yang betul bersama Fasi






No comments:

Post a Comment