Saturday, March 24, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9


Kluang, 24 Mac 2012; Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Seri Lalang telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-9,  bertempat di foyer SMKSL. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, Timbalan Menteri Pelajaran, merangkap ahli Parlimen Ayer Hitam. Dalam majlis tersebut Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, telah bermurah hati untuk memberikan peruntukan 10 unit komputer dan 10 unit printer kepada pihak sekolah. Dianggarkan seramai lebih daripada 400 orang menghadiri mesyuarat tersebut.
Penutupan rasmi pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota yang turut menyumbang sebanyak RM 10,000.00 untuk menaik taraf bilik sain sukan kepada gimnasium.  Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday juga turut menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kepada 40 orang pelajar SMK Seri Lalang (1 Perak & 39 Gangsa).   Warga PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada smua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat kali ini. 

       

No comments:

Post a Comment