Thursday, June 26, 2014

Persembahan Part 2

Selamat Hari Guru

Tuesday, June 24, 2014

PERKHEMAHAN PRS BERSAMA SAINS JOHOR





Salah satu Pengisian Perkhemahan ini ialah Khidmat Masyarakat...dimana ahli-ahli PRS bergotong royong membersihkan pantai Telok Kemang

Wednesday, July 17, 2013




UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN DAPATKAN BORANG PENYERTAAN SILA  SAVE AS BORANG DI BAWAH   :
:

Saturday, September 1, 2012

PROGRAM MARHABAN SMKSL 2012

Sunday, July 29, 2012

Tuesday, May 22, 2012

LAWATAN KE SMKSL SEKOLAH BEDUK TOWN DARI SINGAPURA


KLUANG , 21 Mei 2012. Seramai 60 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring dari Beduk Town Secondary School, Singapura telah mengadakan lawatan muhibbah ke SMK Seri Lalang. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada para pelajar dari negara Singapura melihat sendiri keunikan SMK Seri Lalang. Kunjungan tersebut telah dapat merapatkan lagi hubungan antara dua buah sekolah di Malaysia dan Singapura. Dalam lawatan tersebut para pelajar dibawa melawat sekitar kawasan sekolah antaranya asrama, Taman Herba, serta kelas pendidikan khas. Di taman herba para pelajar rasa teruja melihat kepelbagaian jenis tumbuhan herba yang tidak pernah mereka kenali.

Wednesday, May 9, 2012

TAHNIAH ... NORZIHAN BINTI JUMERI


Beliau mendapat pengitirafan kerana berjaya menjadi nadi penggerak serta penentu hala tuju program berkenaan ( Tunas Bestari) yang telah bertungkus-lumus membantu para pelajar menjalangkan tugasan masing-masing.dan membawa persatuan menjadi sebuah persatuan yang dihormati..

Thursday, April 26, 2012

Tahniah SMKSL ke-3 Public Speaking Daerah Kluang


Kluang: 26 April 2012, SMK Seri Lalang mencipta nama lagi apabila wakil Public Speaking  sekolah dengan tajuk Friends iaitu RajienaRaj Rajendran telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan yang telah diadakan di SMK Jalan Mengkibol dan dianjurkan oleh PPD Kluang tersebut. Tahniah sekali lagi daripada warga SMKSL, semoga SMKSL terus cemerlang.

Wednesday, April 25, 2012

Tahniah PIBG SMKSL Gah Di Persada Kebangsaan.

SERDANG: 25 April 2012, Sejarah sekali lagi tercipta apabila PIBG SMKSL telah menerima anugerah tertinggi PIBG iaitu Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia kategori PIBG Terbaik Sekolah Menengah Luar Bandar. Dengan penganugerahan ini, SMK Seri Lalang menerima Sijil Penghargaan dan Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 10,000 ringgit. Anugerah telah disampaikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Warga SMKSL Sekali lagi mengucapkan jutaan Tahniah kepada PIBG SMKSL atas kecemerlang tersebut.
Berikut Petikan Akhbar Berkaitan. (Berita Harian) SERDANG:Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata agenda pendidikan negara tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan, sebaliknya membabitkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan ia mencapai taraf dan kualiti tinggi setanding negara maju. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai kejayaan itu, kekuatan kerjasama dalam dan luar sekolah khususnya hubungan yang erat antara sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlu sentiasa dipertingkatkan. "Memandangkan pendidikan hari ini berdepan dengan cabaran globalisasi, fenomena sosial yang sangat mencabar serta aspirasi yang perlu dicapai, maka usaha bersepadu harus dilakukan demi perubahan dari segi pemikiran dan pendekatan, sejajar dengan kehendak dan perubahan pendidikan," katanya. Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis anugerah cemerlang PIBG kebangsaan 2011 yang julung kali diadakan bertemakan "PIBG Pemangkin Gagasan 1Malaysia", di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha, Datuk Dr Rosli Mohamed; dan Ketua Pengarah, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembabitan ibu bapa secara berterusan amat diperlukan bagi membolehkan perkembangan semasa persekolahan anak-anak dapat diikuti sekaligus membantu pengurusan sekolah merencanakan pembangunan aktiviti sekolah secara bersepadu. Katanya, masih ada lagi ruang yang perlu diisi untuk memantapkannya lagi dengan memastikan keperluan persekolahan anak-anak dipenuhi. "Justeru PIBG diharap dapat membantu terutamanya dalam menyediakan program-program pembangunan sahsiah murid yang lebih komprehensif atau pembangunan peningkatan prestasi yang lebih tersusun selain daripada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah," katanya. Muhyiddin berkata, oleh kerana sistem pendidikan negara kini mempunyai fungsi sosial dan ekonomi yang jauh lebih mencabar daripada dahulu, pihak yang terbabit dalam sektor itu perlu memastikan potensi generasi muda secara menyeluruh dan sempurna supaya mereka dapat bersaing dalam persekitaran global yang semakin kompetitif. Justeru, katanya, soal berkaitan kualiti guru, kepimpinan sekolah, kurikulum dan pentaksiran, kemampuan murid menguasai pelbagai bahasa, peluang pasca-menengah bagi setiap murid, peranan ibu bapa dan masyarakat, pengggunaan sumber secara cekap dan berkesan serta kapasiti dan keupayaan sistem penyampaian pendidikan negara harus diberi perhatian serius. "Jika semua aspek penting ini dapat kita mantapkan melalui satu proses transformasi pendidikan secara menyeluruh, saya pasti generasi muda kita pada masa kini mampu dipersiapkan untuk menerajui negara pada masa akan datang," katanya. Muhyiddin berkata, pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaya dan miskin atau bandar dan luar bandar. Katanya, sektor pendidikan adalah elemen penting dalam menyediakan modal insan yang mampan bagi memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan dapat direalisasikan. "Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, berkebolehan untuk menguasai dan mengaplikasi ilmu serta memiliki daya kreativiti dan inovasi yang tinggi," katanya. Menyentuh mengenai anugerah PIBG, Muhyiddin berkata ia relevan dengan matlamat supaya ibu bapa dapat bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membangunkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Pada majlis itu, PIBG Sekolah Menengah Agama Jaim Al-Ehya Al-Karim, Melaka yang diumumkan sebagai PIBG terbaik peringkat nasional 2011 menerima wang tunai RM50,000, piala pusingan Menteri Pelajaran dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin. - BERNAMA

Monday, April 9, 2012

Tahniah !! Adik Muhammad Nurdin 3B

Tahnian !! buat Muhammad Nurdin 3 B atas kejayaan menjadi naib johan pertandingan tilawah peringkat daerah Kluang seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri..Tahniah sekali lagi..

Tuesday, April 3, 2012

SMKSL di Sinar Harian



Saturday, March 31, 2012

Saturday, March 24, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9


Kluang, 24 Mac 2012; Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Seri Lalang telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-9,  bertempat di foyer SMKSL. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, Timbalan Menteri Pelajaran, merangkap ahli Parlimen Ayer Hitam. Dalam majlis tersebut Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, telah bermurah hati untuk memberikan peruntukan 10 unit komputer dan 10 unit printer kepada pihak sekolah. Dianggarkan seramai lebih daripada 400 orang menghadiri mesyuarat tersebut.
Penutupan rasmi pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota yang turut menyumbang sebanyak RM 10,000.00 untuk menaik taraf bilik sain sukan kepada gimnasium.  Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday juga turut menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kepada 40 orang pelajar SMK Seri Lalang (1 Perak & 39 Gangsa).   Warga PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada smua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat kali ini. 

       

Sunday, March 11, 2012

Notis Mesyuarat Agung PIBG

Ahli PIBG SMK Seri Lalang,

86000 Kluang,

Johor.


Tuan / puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE 9 SMK SERI LALANG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seri Lalang kali ke 9 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 24 MAC 2012 (SABTU)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : SMK Seri Lalang

3. Untuk makluman pihak tuan / puan agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG

3.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8

3.3 Membentang dan menerima laporan Tahunan PIBG SMKSL

3.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan PIBG berakhir 31 Disember 2011.

3.5 Perkara berbangkit

3.6 Membahaskan usul (jika ada)

3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMKSL sesi 2011 / 2012

3.8 Pelantikan Pengerusi Sementara

3.9 Memilih dan melantik AJK PIBG sesi 2012 / 2013

3.10 Ucapan penangguhan

4. Jika terdapat sebarang usul yang hendak dikemukakan, diharap dapat dihantar terus kepada setiausaha PIBG SMKSL selewat-lewatnya 19 Mac 2012. Pembawa usul juga dikehendaki hadir untuk membentangkan usul pada mesyuarat tersebut dan sekiranya pembawa usul gagal hadir usul tersebut akan ditolak.

5. Borang usul telah diserahkan melalui anak-anak tuan/puan pada 9 Mac 2012 dan diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sekiranya ada usul yang ingin dibentangkan.

6. Tuan / puan dipohon agar dapat melapangkan masa untuk menghadirkan diri bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih

‘PIBG Pemangkin Generasi’

MOHD. FAIZAL BIN PAREN

Setiausaha Kehormat

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SMK Seri Lalang


Tuesday, March 6, 2012

Saturday, March 3, 2012

Tuesday, February 28, 2012

Friday, February 24, 2012