.
Profil SMKSL
.
Monday, April 9, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Saturday, March 31, 2012
Saturday, March 24, 2012
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9
Kluang, 24 Mac 2012; Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Seri Lalang telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-9, bertempat di foyer SMKSL. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, Timbalan Menteri Pelajaran, merangkap ahli Parlimen Ayer Hitam. Dalam majlis tersebut Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siog, telah bermurah hati untuk memberikan peruntukan 10 unit komputer dan 10 unit printer kepada pihak sekolah. Dianggarkan seramai lebih daripada 400 orang menghadiri mesyuarat tersebut.
Penutupan rasmi pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota yang turut menyumbang sebanyak RM 10,000.00 untuk menaik taraf bilik sain sukan kepada gimnasium.
Yang Berhormat Tuan Hj. Md. Jais bin Sarday juga turut menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kepada 40 orang pelajar SMK Seri Lalang (1 Perak & 39 Gangsa). Warga PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada smua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat kali ini.
Sunday, March 11, 2012
Notis Mesyuarat Agung PIBG
Ahli PIBG SMK Seri Lalang,
86000 Kluang,
Johor.
Tuan / puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE 9 SMK SERI LALANG
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Suka cita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seri Lalang kali ke 9 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 MAC 2012 (SABTU)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : SMK Seri Lalang
3. Untuk makluman pihak tuan / puan agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
3.1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG
3.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8
3.3 Membentang dan menerima laporan Tahunan PIBG SMKSL
3.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan PIBG berakhir 31 Disember 2011.
3.5 Perkara berbangkit
3.6 Membahaskan usul (jika ada)
3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMKSL sesi 2011 / 2012
3.8 Pelantikan Pengerusi Sementara
3.9 Memilih dan melantik AJK PIBG sesi 2012 / 2013
3.10 Ucapan penangguhan
4. Jika terdapat sebarang usul yang hendak dikemukakan, diharap dapat dihantar terus kepada setiausaha PIBG SMKSL selewat-lewatnya 19 Mac 2012. Pembawa usul juga dikehendaki hadir untuk membentangkan usul pada mesyuarat tersebut dan sekiranya pembawa usul gagal hadir usul tersebut akan ditolak.
5. Borang usul telah diserahkan melalui anak-anak tuan/puan pada 9 Mac 2012 dan diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sekiranya ada usul yang ingin dibentangkan.
6. Tuan / puan dipohon agar dapat melapangkan masa untuk menghadirkan diri bagi menjayakan mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih
‘PIBG Pemangkin Generasi’
MOHD. FAIZAL BIN PAREN
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMK Seri Lalang
Tuesday, March 6, 2012
Saturday, March 3, 2012
Tuesday, February 28, 2012
Friday, February 24, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

