Profil SMKSL

LENCANA / JATA SMKSL
 KETERANGAN SIMBOL

Rangka luar lencana berbentuk huruf Q yang bermaksud “Quality” yang mempunyai hasrat di dalam misi sekolah ke arah membudayakan warganya bekerja dengan berkualiti. Bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dalam aspek sahsiah dan ilmu pengetahuan

Bulatan menggambarkan kesepaduan semua warga sekolah dalam semua aspek. Kesepaduan dalam membuat keputusan dan menangani masalah di dalam sekolah, saling bekerjasama dan saling sayang menyayangi dalam kalangan warga sekolah. Kesempurnaan dan globalisasi dari segi perkongsian maklumat secara berkesan dan pembentukan insan yang boleh berfungsi melangkaui sempadan daerah dan negara sehingga ke peringkat serantau dan antarabangsa. Kesepaduan antara guru,pelajar,staf sokongan,ibu bapa dan komuniti luar.

Separuh bulatan bergerigi melambangkan sains dan teknologi. Sekolah menekankan bahawa mata pelajaran sains adalah penting terutamanya dalam mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris . Menitikberatkan bidang pendidikan yang lebih luas dan berkembang sesuai dengan aspirasi kerajaan untuk mengembangkan sayap perindustrian serta sains dan teknologi.

MOTO
ILTIZAM– JATIDIRI –UNGGUL Iltizam –Bermaksud semua warga sekolah memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau memberikan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sekolah.

Jati diri- Bermaksud semua warga sekolah mempunyai jiwa yang sejati , asli, murni tulen dalam menjalankan tugas dan sebarang tanggungjawab yang diberikan.

Unggul – Bermaksud semua warga SMKSL sentiasa bekerja melebihi yang lain, yang terbaik dan teristimewa.

Lambang Multimedia Super Corridor.
Bermaksud : Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, mengharap semua warga sekolah celik IT dan mampu menggunakan teknologi maklumat untuk kehidupan masa hadapan mereka.

Buku bermaksud penimbaan, pencarian dan penyebaran ilmu sebagai tunggak kejayaan dan kecemerlangan. Gedung ilmu yang unggul.

Bulatan lima bertindan melambangkan sekolah sebagai institusi yang penuh dengan kesetiaan , kerjasama, perpaduan dan permuafakatan di antara para pelajar dan tenaga pendidik juga sukan dan permainan diberikan kepada pelajar untuk mengamalkan aktiviti yang sihat untuk semua warga sekolah ini.

Mikroskop melambang kepada kemahiran belajar pelajar khususnya dalam mata pelajaran sains dan mata pelajaran bahasa amnya.

Warna Merah melambangkan keberanian dan tegas secara rohani dan jasmani dalam mengharungi cabaran dan perubahan dalam arena pendidikan secara positif khususnya keberanian para pelajar menampilkan diri dan mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dalam arena akademik dan kokurikulum serta berani menempuh cabaran untuk menuju kejayaan dalam semua bidang dan sentiasa bercita-cita tinggi.

Warna kuning melambangkan keunggulan, kebanggaan, kekayaan, pendidikan serta kesetiaan dan kedaulatan yang tinggi terhadap raja dan negara.

Warna putih melambangkan kesucian, kejujuran dan sifat-sifat terpuji dan keikhlasan budi pekerti secara rohani dan jasmani dalam segala tindakan.

Warna biru melambangkan perpaduan dan permuafakatan, ketenangan, keceriaan dan kecintaan yang harmonis dalam institusi dan masyarakat serta mempunyai aspirasi yang tinggi dalam usaha meraih kejayaan.


LAGU SMK SERI LALANG

SMK Seri Lalang
Sekolah menjadi kebanggaan kita
Menabur jasa sepanjang masa
Jadilah kita insan yang berguna

Berikrar kita bersama
Bersungguh-sungguh kita menimba ilmu
Bertekad kuat hingga berjaya
Ilmu di curah manfaat bersama

korus:
Iltizam itu hasrat kita
Jati diri perkasa jiwa
Keunggulan menjadi cabaran
Harapan cipta kejayaan

Marilah kita semua
Terus usaha berbakti membuat jasa
Guru kau pemangkin bangsa terkemuka
Jasa mu sekolah tak akan ku lupa

(ulang korus dan rangkap 4)
Guru kau pemangkin bangsa terkemuka
Jasa mu sekolah tak akan ku lupa

Lirik & lagu oleh:
En. Radzali Mohd Noor. PPN



VISI SEKOLAH

Sekolah SMK Seri Lalang Menjadi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI SEKOLAH
Melahirkan Modal Insan Cemerlang Melalui Pendidikan Berkualiti


MOTTO SEKOLAH

ILTIZAM-JATI DIRI –UNGGUL

BUDAYA SEKOLAH

Setiap warga SMK Seri Lalang bertanggungjawab mengamalkan budaya berikut::

• Menepati masa
• Berakhlak mulia
• Budaya ilmu
• Budaya penyayang
• Budaya kerja cemerlang
• Budaya kolaboratif
• Budaya cintakan alam sekitar
• Budaya berterima kasih


OBJEKTIF SEKOLAH

• Mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan.
• Membudayakan warga sekolah penyayang, hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
• Melahirkan pelajar yang berpotensi dan berdaya saing dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan ICT.
• Melahirkan pelajar yang berjati diri mulia, berfikiran positif dan dinamik
• Mewujudkan budaya ilmu dan pembelajaran cemerlang.
• Mengamalkan budaya kerja yang proaktif dan komitmen tinggi bagi warga sekolah .
• Mewujudkan hubungan baik dan sentiasa bekerjasama dengan komuniti


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lalang berikrar dan berazam akan,...

• Menyediakan persekitaran yang kondusif dan harmonis.
• Memastikan semua pelajar mendapat proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan terkini.
• Memastikan seluruh warga sekolah menepati masa dalam segala urusan
• Mengamalkan pengurusan yang berkesan
• Menjana ilmu menerusi teknologi maklumat
• Mengamalkan budaya mesra pelanggan
• Sentiasa berusaha dan memberi kerjasama kepada semua pihak.