PIBG

AJK PIBG SESI 2011/2012

Ex-Officio                :Tn. Hj Shaharudin Basri Bin Ibrahim
Yang Dipertua         :En. Zolkepli bin Katan 
Naib yang dipertua  :En. Jamal bin Sibir
Setiausaha              :En. Mohd Faizal bin Paren
Bendahari                :Tn. Hj. Abdullah bin Sahadan
AJK                          :Pn. Sabariah bt. Ismail 
                                :Pn. Sarah bt Harus
                                :Tn. Hj. Musani bin Sujak
                                :En. Md Khair bin Sarikin
                                :En. Mohd Noor bin Asari
                                :En. Mohamad Saman b. Tukiman
                                :En. Samuri b. Sangkrah
                                :En. Hamdan b. Hamzah
                                :En. Muhammad Rafi bin Omar
                                :En. Zainudin b. Abd Rahim
                                :En. Zainal b. Rafi’e
                                :En  Eeshet a/l Ramathas
                                :Pn. Ahani bt Ahmad
                                :Pn. Zaliha bt Bahari
                                :Pn. Mek Jah bt. Deraman
Juruaudit                       :En. Md Sharif b. Mean
                                      :Pn. Azlina binti Selamat



AKTIVITI UTAMA PIBG SMKSL

1. Membantu Pembentukan Sahsiah Pelajar
Adalah menjadi objektif PIBG bagi membantu mempertingkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.  Bagi memenuhi hasrat ini, pihak PIBG telah mengaturkan pertemuan dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Hasilnya program ‘Masih ada yang sayang’ telah dilaksanakan bagi membatu menangani pelajar bermasalah.

2. Sumbangan Ke Arah Kecemerlangan Pelajar
PIBG mempunyai tanggungjawab memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. Kedua-dua pihak inginkan kejayaan bagi anak didik dan anak-anak di sekolah ini.  Sehubungan itu,  pihak PIBG terus memberi sokongan dan bantuan kewangan terhadap program-program peningkatan akademik seperti Program motivasi, selain itu pelajar yang berjaya dan cemerlang juga dihargai dalam majlis anugerah kecemerlangan.

3. Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum amat penting dalam membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dengan Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, pihak PIBG sentiasa memberi bantuan moral dan kewangan demi faedah pelajar-pelajar seperti Hari Sukan, Perkhemahan, lawatan sambil belajar dan sebagainya.

4. Sekolah Lestari
Sememangnya PIBG sedikit sebanyak bertanggungjawab dalam membantu pihak sekolah melaksanakan program sekolah lestari. Justeru, bagi merealisasikan impian ini, pihak PIBG sedaya upaya menghulurkan bakti dan tenaga serta dari segi kewangan bagi melicinkan proses pembangunan dan keceriaan seperti program sekolah dalam dusun dan program kesedaran alam sekitar seperti perkhemahan lestari.

5. Kebajikan Pelajar & Guru
PIBG memahami keperluan pelajar untuk itu PIBG telah menyediakan kemudahan ‘water coller’ kepada mereka, selain membantu membiayai dan mendahulukan yuran dan bayaran koperasi pelajar miskin. Pihak PIBG juga telah mendengar keluhan para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Justeru, pihak PIBG telah memberikan sumbangan kepada pihak bilik guru untuk seperti mesin pencetak dan penapis air bagi kemudahan para guru. 

6. Kemudahan ICT 
Selaras dengan perkembangan teknologi  semasa dan menyedari kesulitan yang dihadapi pihak sekolah pihak PIBG telah bersetuju menyumbang projektor LCD serta membiayai kemudahan ‘streamyx’ bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran sekolah.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari Muka Buku PIBG (FB) di pautan berikut;
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002474587384