Sunday, March 11, 2012

Notis Mesyuarat Agung PIBG

Ahli PIBG SMK Seri Lalang,

86000 Kluang,

Johor.


Tuan / puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE 9 SMK SERI LALANG

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seri Lalang kali ke 9 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 24 MAC 2012 (SABTU)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : SMK Seri Lalang

3. Untuk makluman pihak tuan / puan agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG

3.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 8

3.3 Membentang dan menerima laporan Tahunan PIBG SMKSL

3.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan PIBG berakhir 31 Disember 2011.

3.5 Perkara berbangkit

3.6 Membahaskan usul (jika ada)

3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG SMKSL sesi 2011 / 2012

3.8 Pelantikan Pengerusi Sementara

3.9 Memilih dan melantik AJK PIBG sesi 2012 / 2013

3.10 Ucapan penangguhan

4. Jika terdapat sebarang usul yang hendak dikemukakan, diharap dapat dihantar terus kepada setiausaha PIBG SMKSL selewat-lewatnya 19 Mac 2012. Pembawa usul juga dikehendaki hadir untuk membentangkan usul pada mesyuarat tersebut dan sekiranya pembawa usul gagal hadir usul tersebut akan ditolak.

5. Borang usul telah diserahkan melalui anak-anak tuan/puan pada 9 Mac 2012 dan diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sekiranya ada usul yang ingin dibentangkan.

6. Tuan / puan dipohon agar dapat melapangkan masa untuk menghadirkan diri bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih

‘PIBG Pemangkin Generasi’

MOHD. FAIZAL BIN PAREN

Setiausaha Kehormat

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SMK Seri Lalang


No comments:

Post a Comment